Rabu, 25 September 2019

PENGURUSAN PEMBELAJARAN (ARTIKEL)

ARTIKEL

STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN


Daripada: Nik Nurul Fatihah


       Ramai diantara kita menghadapi masalah untuk menghafal dan mengingati sesuatu maklumat atau pembelajaran. Namun begitu terdapat beberapa langkah yang dapat membantu seseorang itu mengatasi masalah ini dengan berkesan.


       Menurut Lengefeld (1994),antara langkah untuk meningkatkan daya ingatan ialah dengan menjarakkan proses ingatan kepada beberapa sesi yang berlainan. Hal ini kerana belajar dalam tempoh masa yang pendek atau tidak melebihi dua jam itu lebih baik dan berkesan untuk menguatkan daya ingatan berbanding dengan belajar dalam jangka masa yang panjang dan berterusan tanpa henti.


       Seterusnya,dengan melafazkan bahan bacaan juga dapat meningkatkan daya ingatan kerana apabila lebih banyak sensori yang digunakan,maka daya ingatan seseorang itu juga dapat ditingkatkan. Seterusnya, seseorang itu juga perlu mengambil keputusan untuk mengingati sesuatu maklumat agar daya ingatannya dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.


       Diri sendiri mestilah selalu diuji, contohnya menghafal point pertama,seterusnya menghafal point kedua,dan kemudian cuba menguasai point pertama dan kedua sebelum menghafal point yang seterusnya . Kaedah mengulang bacaan ini amat berkesan untuk belajar dan menghafal.

     
        Kaedah yang seterusnya ialah penggunaan pemprosesan maklumat otak kiri dan kanan bagi meningkatkan lagi daya ingatan. Bagi seseorang yang cenderung kepada pemprosesan otak kanan boleh melukis rajah atau gambar yang menunjukkan rangkaian pembelajaran,menjadikan maklumat yang perlu diingati relevan dengan pengalaman hidup,gunakan bentuk dan warna yang berlainan ketika mengorganisasikan bahan bacaan. Manakala bagi seseorang yang cenderung kepada otak kiri pula perlu menulis semua maklumat.    
        
Selain itu, gaya pembelajaran VAK juga merupakan salah satu cara yang sangat berkesan untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Gaya pembelajaran VAK adalah merujuk kepada gaya pembelajaran visual,auditori dan kinestetik. Seseorang yang cenderung kepada gaya pembelajaran visual (penglihatan) akan menggunakan ingatan visual untuk meningkatkan daya ingatan mereka terhadap suatu maklumat. Seseorang yang mempunyai gaya pembelajaran auditori (pendengaran) juga menggunakan ingatan auditori untuk memperkukuhkan lagi daya ingatan mereka. Mereka yang mempunyai gaya pembelajaran auditori ini boleh saling berkongsi suatu topik dengan seseorang kawan atau orang lain. Gaya pembelajaran kinestetik merupakan gaya pembelajaran yang merujuk kepada pergerakan. Antaranya cara yang mereka gunakan ialah dengan menggunakan setiap pergerakan semasa belajar.


Kaedah yang seterusnya untuk meningkatkan daya ingatan ialah dengan menggunakan peta minda. Peta minda ialah perkaitan dari pusat (idea utama) dan bercabang keluar menerusi idea dan terma yang dibuat. Kaedah peta minda ini sangatlah berkesan kerana minda manusia berupaya membuat perkaitan maklumat yang diterima dengan berkesan.      

  Kaedah yang terakhir untuk meningkatkan daya ingatan ialah dengan penggunaan teknik lokus. Kaedah ini mengaitkan bahan belajar dengan suatu tempat yang ikenali. Contohnya, barang-barang yang terdapat didalam kelas seperti pasu bunga,kerusi dan meja boleh menjadi penguat daya ingatan kepada seseorang terhadap suatu topik pembelajaran yang di pelajari di dalam kelas.


       Kesimpualnnya,terdapat banyak kaedah yang dapat kita gunakan untuk meningkatkan daya ingatan. Maka tiada alasan lagi untuk kita menyatakan masalah yang dihadapi apabila menghafal dan mengingati sesuatu. Hal ini kerana terdapat banyak kaedah yang sesuai untuk seluruh masyarakat gunakan bagi mengatasi masalah daya ingatan yang dihadapi. 


GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI


Daripada: Wan Khairunnisa’


Setiap orang mempunyai ciri-ciri dan gaya pembelajaran kendiri masing-masing. Setiap juga orang mempunyai cara dan gaya yang berbeza untuk memulakan pembelajaran. Mengenali gaya pembelajaran kendiri adalah satu permulaan yang baik dalam meningkatkan pembelajaran yang berlaku dalam diri anda. Sekiranya seseorang itu mengetahui gaya pembelajaran kendiri mereka maka  mereka lebih mudah untuk fokus dalam pembelajaran mreka. Menurut tokoh Dunn & Dunn (1993) gaya pembelajaran merujuk kepada seseorang memprose, memfokus, dan mengekalkan maklumat baharu dan komplek.


            Menurut gaya pembelajaran kendiri Dunn & Dunn proses ini melibatkan lima elemen iaitu elemen persekitaran, elemen emosi, elemen sosiologi, elemen fisiologidan elemen psikologi. Elemen persekitaran merujuk kepada keadaan bunyi,cahaya,suhu dan susunan atur tempat. Selain itu, bagi elemen emosi merujuk kepada motivasi, keazaman, tanggungjawab dan struktur. Di samping itu dari segi sosiologi, merujuk kepada diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, kumpulan, dewasa dan pelbagai. Seterusnya dari segi fisiologi ia mrujuk kepada persepsi, pemakanan, masa dan pergerakan. Akhir sekali, dari segi psikologi ia merujuk kepada global, analitikal, hemisfera otak, gerak hati dan reflektif.


            Berdasarkan faktor kecenderungan persepsi oleh Dunn & Dunn ia merupakan sebahagian daripada elemen psikologikal. Terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu visual, audiotori, kinestetik atau tactile. Pertama bagi gaya pembelajaran visual, mereka lebih menggunakan penglihatan sebagai sensori utama. Cara pembelajaran mereka lebih kepada pembacaan dan menulis. Mereka lebih suka menonton televisyen dan YouTube untuk membantu pembelajaran .Selain itu, bagi audiotori mereka lebih kepada pendengaran. Mereka lebih suka mendengar cerita dan menceritakan semula. Pelajar ini lebih banyak mendapat manfaat daripada mendengar buku audio. Akhir sekali ialah pembelajaran secara kinestetik. Mereka ini lebih suka menggunakan tangan. Mereka suka menconteng bahan pembelajaran melalui penulisan. Semasa belajar mereka  lebih aktif di dalam kelas.

           
Untuk faktor terakhir dalam gaya pembelajaran kendiri ialah pemprosesan maklumat melalui otak kan dan kiri. Menurut Sperry, R. (1984), otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera kanan dan hemisfera kiri. Kedua-dua hemisfera dirankaikan dengan lebih daripada 200 juta saraf yang dikenali sebagai corpus callosum Bagi otak kiri manusia menggunakannya lebih kepada aspek bahasa, nombor, pengiraan, logik, sekuen manakala otak kanan mengawal dalam bentuk ruang, lukisan, corak, melihat keseluruhan intuitusi, imaginasi rentak dan irama. Bagi sesorang yang cenderung menggunakan otak kiri mereka lebih suka kepada mengikut format sekuen yang mempunyai langkah-langkah, bermula dengan maklumat terperinci kepada kefahaman konseptul, manakala bagi otak kanan ia bermula dengan konsep am baru diiringan dengan konsep yang lebih terperinci.

Kesimpulannya, setiap pelajar dilahirkan dengan kelebihan masing-masing dan menpunyai cara pembelajaran kendiri yang berbeza. Setiap pelajar harus mengambil berat tentang gaya pembelajaran kendiri untuk memastikan cara belajar yang digunakan adalah lebih efisyen terhadap pembelajaran supaya dapat membuahkanhasil.                                                                                                                                                      
RUJUKAN



TanuSya,(12Januari2016),Pembelajaran kendiri  http://www.scribd.com/doc/169794026/Persamaan-Dan-Perbezaan-Di


 DR Baharin Abu, DR Othman MD Johan,  Syed Mohd Shafeq Syen Mansor ,Haliza Jaafar , (2007) Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Pelajar di    universiti di Falkulti Pendidkan, UTM Johor ,

Fa Fai, ,(17 Januari 2017 Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21) – SlideShare https://www.slideshare.net/FaFaiS/peta-ithink-pembelajaran-abad-ke21

Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee, Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof (2019)      Kemahiran belajar. Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan (2015) Kemahiran Belajar. Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGURUSAN PEMBELAJARAN ( PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK)

PENGURUSAN PEMBELAJARAN 2.1 PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK Keupayaan pelajar merancang matlamat yang yang ingin dicapai sebagai ...