Rabu, 25 September 2019

PENGURUSAN PEMBELAJARAN (STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN)

2.4 STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN




Terdapat beberapa kaedah meningkatkan daya ingatan yang berkesan bagi seorang pelajar. Menurut Lengefeld (1994) antara langkah untuk meningkatkan kemahiran mengingat dalam diri sendiri ialah: 

  • Menjarakkan proses ingatan kepada beberapa sesi yang berlainan.                        Belajar dalam tempoh yang pendek atau tidak melebihi had masa dua jam merupakan kaedah yang baik untuk menguatkan ingatan. Antara beberapa sesi yang dicadangkan:
  1. Mengulangkaji selepas pembacaan
  2. Mengulangkaji selepas satu jam belajar
  3. Mengulangkaji selepas seminggu
  4. Mengulangkaji selepas sebulan.
  • Melafazkan bahan bacaan.                                                                                             Menurut kajian sebanyak 80% dapat meningkatkan ingatan sekiranya melafazkan bahan bacaan. Sekiranya belajar di dalam kumpulan pelajar boleh melakukan secara berpasangan dan juga boleh menanyanyakan antara satu sama lain.
  • Mengambil keputusan untuk mengingat.                                                                      Pelajar mesti bersifat positif dan perlu percaya kepada diri sendiri serta keupayaan  untuk mengingat.
  • Mengorganisasi bahan bacaan.                                                                                     Pelajar perlu membina satu corak atau pertalian (pattern or relationship) terhadap bahan bacaan.                                                                                                   
     Pelajar boleh menggunakan:
  1. kronologi atau gari masa (time line) ( untuk ingat masa)
  2. kod warna yang berbeza untuk mengingat katogori yang berlainan.
  • Uji semula diri.                                                                                                               Pelajar boleh menguji diri dengan proses berikut:
  1. Mengahafal item pertama 
  2. Pergi ke item kedua dan hafalkanya 
  3. Ulangi menghafak item pertama dan kedua dalam ingatan.
  4. Setelah menguasai item pertama dan kedua teruskan dengan item ketiga. 
  5. Hafal item ketiga dan ulangi item kedua dan ketiga 
  6. Teruskan proses ini.
  • Belajar berulang-ulang kali.                                                                                    Untuk mengekalkan daya ingatan dengan lama, pelajar seharusnya mengulangkaji pelajaran secara berulang-ulang kali.
  • Mengingat semula.                                                                                                          Daya ongatan boleh dibantu dengan kata kunci, mnemonik,atau perkataan berirama. Mnemonik ialah perataan atau nama yang digunakan untuk mengingat sesuatu. Sebagai contoh SMART (Specific, Measurable, Attainable, Relevant & Time-bounden).

2.4.1 PENGGUNAAN PEMPROSESAN MAKLUMAT OTAK KIRI  DAN OTAK KANAN                 UNTUK MENINGKATKAN INGATAN


  • Pemprosesan maklumat hemisfera kanan
  1. Melukis rajah atau gambar yang menunjukkan rangkaian maklumat.
  2. Mengkaitkan maklumat dengan sesuatu yang releven seperti pengalaman hidup.
  3. Menggunakan bentuk atau warna yang berlainan untuk menganalisis bahan
  4. Gunakan warna yang berbeza bagi topik yang berbeza.
  5. Belajar sambil bergerak.
  • Pemprosesan maklumat hemisfera kiri
  1. Semua maklumat ditulis dengan tangan
  2. Menyenaraikan semua maklumat dalam satu gabungan 
  3. Menomborkan setiap item supaya lebih sistematik.
  4. Menggunakan tajuk yang berlainan supaya maklumat boleh dipecahkan dalam beberapa kategori
  5. Membuat carta alir bagi setiap maklumat supaya maklumat boleh dilihat secara keseluruhan.
  6. Mencari semua maklumat untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh.


2.4.2 PENGGUNAAN GAYA PEMBELAJARAN VISUAL, AUDITORI DAN                                         KINESTETIK/TACTILE (VAK) UNTUK MENINGKATKAN INGATAN

Berdasarkan kaedah Dunn & Dunn V merujuk kepada gaya pembelajaran bercorak visual. A merujuk kepada gaya pembelajaran bercorak auditori manakala K merujuk kepada gaya pembelajaran bercorak kinestetik.

  • Penggunaan ingatan visual ( pengelihatan )

  1. Menjadikan bahan bacaan itu menarik dan jelas.
  2. Menjadikan bahan bacaan sebagai semua filem yang boleh dimainkan di dalam minda
  3. Kaitkan sebuat topik dengan objek dan labelkan objek tersebut debgan bahagia kecil.
  • Penggunaan ingatan auditori ( pendengaran )

  1. Rakamkan pembelajaran dan dengar semula
  2. Nyanyikan soalan dengan lagu yang digemari
  3. Lafazkan satu topic pembelajaran bersama kawan.
  4. Baca nota dengan nada yang unik supaya lebih mudah diingati
  • Penggunaan ingatan kinestetik ( pergerakan motor )

  1. Menggunakan gerakan senaman semasa menghafal
  2. Menulis, melukis serta membaca dapat menggerakkan motor yang terdapat di dalam ortak untum membantu sesi penghafalan.


2.4.3 PENGGUNAAN PETA MINDA DAN TEKNIK LOKUS UNTUK MENINGKATKAN               INGATAN


    1. Peta Minda

Penggunaan Peta Minda - Minda manusia berupaya membuat perkaitan kepada maklumat yang diterima dengan berkesan secara slot in. Peta minda mempnyai kaitan dari pusat (idea utama) serta mempunyai cabang keluar menerusi idea serta tema yang dibina. 

   2. Tekni Lokus 

Penggunaan Teknik Lokus - Kaedah ini mengaitkan bahan pelajar dengan sesuatu tempat yang dikenali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGURUSAN PEMBELAJARAN ( PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK)

PENGURUSAN PEMBELAJARAN 2.1 PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK Keupayaan pelajar merancang matlamat yang yang ingin dicapai sebagai ...