2.3 GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI
Setiap pelajar pasti mempunyai gaya atau kaedah pembelajaran kendiri. Menurut Dunn & Dunn (1993) gaya pembelajaran merujuk cara seseorang pelajar memproses, memfokus dan mengekalkan maklumat baharu dan kompleks.
Terdapat lima elemen berdasarkan Dunn & Dunn ( 1993 ):
- Elemen Persekitaran -
- Bunyi-persekitaran yang sunyi
- Cahaya- pencahayaan yang sesuai
- Suhu- suhu yang selesa
- Susun atur- susun atur perabut yang kemas
- Elemen Emosi
- Motivasi- Pendirian pelajar
- Keazaman- semangat pelajar
- Tanggungjawab- mencapai keinginan ibu bapa
- Struktur- pembelajaran yang sistematik.
- Elemen Sosiologi
- Diri sendiri
- Pasangan
- Rakan sebaya
- Kumpulan
- Dewasa
- Pelbagai
- Elemen Fisiologi
- Persepsi-kecenderungan pelajar dari se visual,auditori,kinestetik
- Pemakanan- makan dan minum ketika belajar
- Masa- Belajar pada waktu pagi ataupun malam
- Pergerakan
- Elemen Psikologi
- Global
- Analitikal-lebih memerlikan fakta dan maklumat untuk membuat rumusan keseluruhan.
- Hemisfera otak- pengunaan otak kiri dan kanan.
- Gerak hati
- Reflektif- Pelajar yang cermat dan memerlukan ketenteraman.
2.3.1 FAKTOR KECENDERUNGAN PERSEPSI OLEH DUNN & DUNN (1993)
Faktor kecenderungan persepsi merupakan sebahagian daripada elemen psikologi menurut Dunn & Dunn (1993).
Terdapat tiga jenis gaya pembelajaran iaitu visual:
- Visual- Visual lebih menggunakan pengelihatan sebagai sensori utama. Orang yang visual lebih suka membaca dan menulis. Mereka lebih mudah untuk mengikut peraturan yang bertulis. Pelajar visual menggunakan komputer untuk menaip dan lebih suka menonton televisyen dan video untuk mendapatkan maklumat. Jadi pelajar visual sesuai dengan pengajaran berpusat guru.
- Auditori - Pelajar auditori bergantung pada pendengaran. Mereka lebih cenderung dengan penyampaian cerita. Mereka lebih cenderung dengan arahan yang berbentuk lisan dan suka menglafaz secara bersuara. Pembelajaranmereka akan lebih produktif sekiranya menggunakan buku audio. Pelajar yang auditori sesuai dengan pengajaran berpusat guru.
- Kinestetik / tactile - Pelajar kinestetik lebih cenderung menggunakan tangan. Contohnya, mereka menggunakan tangan untuk menukis nota atau menconteng bahan pembelajaran. Pelajar kinestetik lebih suka menggunakan komputer untuk belajar. Mereka suka melibatkan diri secara aktif di dalam kelas dan tidak boleh duduk diam dalam jangka masa yang lama. Mereka tidak sesuai dengan pembelajaran guru berpusat.
2.3.2 PEMPROSESAN MAKLUMAT MELALUI OTAK KIRI DAN OTAK KANAN
Menurut Sperry, R. (1984), otak manusia dapat dibahagikan kepada dua hemisfera iaitu hemisfera kanan dan kiri. Setiap hemisfera mempunyai fungsi tertentu.
Pemprosesan maklumat melalui otak kiri-
- Mengawal tindakan dari aspek-
- bahasa
- nombor
- pengiraan
- logik
- penakulan
- Pelajar yang menggunakan otak kiri belajar mengikut format sekuen yang mempunyai langkah demi langkah yang bermula dengan maklumat terperinci kepada pemahaman konseptual sesuatu kemahiran.
- Mengawal tindakan dari segi aspek-
- bentuk
- ruang
- corak
- melihat kepada keseluruhan
- imaginasi
- rentak dan irama
- Pelajar yang menggunakan otak kanan bermula dengan konsep am dan kemudian kepada konsep terperinci yang lebih spesifik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan